Chocorey
Warna Pakaian Cermin Personaliti Lelaki
Posted on Friday 18 January 2013 @ 01:00 < 0 cheonsa >
tahukah anda warna pakaian turut mempengaruhi personaliti lelaki . jadi tidak hairanlah sekiranya ada di antara mereka yang cukup menitikberatkan soal warna pakaian bagi melengkapkan penampilan mereka .
jom kita lihat makna di sebalik warna pakaian dan pengaruhnya terhadap personaliti lelaki .

MERAH
lelaki yang gemar memakai pakaian warna ini melambangkan sikpa dominan , kuasa dan perhatian . lelaki yang berbaju merah tidak takut untuk menonjolkan dirinya di khalayak ramai dan golongan ini juga turut di katakan mempunyai tenaga seksual yang tinggi .

MERAH JAMBU
lelaki yang suka mengenakan pakaian berwarna merah jambu selalu dikaitkan dengan mat jambu ? kalau ada pasangan anda yang suka pakai warna ini , mungkin dia mahu mencerminkan sikap yang bagus , tenang dan mempunyai kesihatan yang baik . tapi tidak semuanya tepat!

HITAM
biasanya lelaki yang suka warna ini adalah seorang yang gemar bergaya elegan , mempunyai kuasa dan sokongan orang sekeliling yang berpengaruh . kalau warna ini dikenakan dengan kemas ia membayangkan imej rapi , ringkas tapi versatil ! tapi , lelaki yang suka memakai baju berwarna hitam juga dikatakan seorang yang suka mementingkan diri sendiri dan tidak suka dikawal oleh sesiapapun .

PUTIH
pakaian putih memberi maksud bersih , suci , dan tidak tercemar . ada juga pendapat yang mengatakan warna ini mencerminkan si pemakainya mempunyai status sosial yang tinggi kerana ia nampak mahal dan mungkin juga warna putih yang sukar dijaga .

BIRU
warna ini menegaskan sikap pemakai yang boleh dipercayai dan mudah mesra . warna ini boleh mengubah penampilan si pemakainya kepada lebih serius , matang serta menyerlahkan sisi interlektualnya! lelaki yang suka menggayakan warna ini juga dikatakan berjiwa lembut , mudah mengalah , tidak suka bergaduh dan sanggup melakukan apa sahaja untuk pasanganya .

KUNING
Amat merangsang visual dan pemikiran . lelaki yang gemar memakai warna ini dikatakan cuba memaparkan sikap optimistik dan yakin terhadap kerjaya serta mempunyai masa depan yang cerah .

HIJAU
lelaki yang selalu memilih warna ini sebenarnya seorang yang bersikap tenang dan rileks dalam apa jua keadaan . mereka juga tidak mudah melatah dan marah apabila berdepan masalah , malah dikatakan bijak mengendalikan hal hal kewangan .

COKLAT
warna ini pernah dikaitkan dengan gaya tidak formal suata masa dahulu , tapi sekarang tidak lagi ! ianya menjdai warna alternatif untuk ke pejabat selain warna hitam , putih dan kelabu . lelaki yang suka memakai pakaian berwarna coklat adalah seorang yang penyabar , tidak suka cakap besar , matang dan bertanggungjawab di samping selalu merendah diri .

KELABU
warna kelabu mudah disuai padankan dengan sebarang warna lain . ia memperlihatkan personaliti lelaki yang effisien , bijaksana dan tegas ! . tapi , golongan ini turut dikatakan tidak pandai membuat keputusan .

BURGUNDY
dikaitkan dengan 'passion' dan semangat yang tinggi  , ia juga turut di anggap warna yang mewakili status tinggi serta lambang kemewahan .

PEACE (Y) .